PLAYLIST
Aku pernah membahas tentang playlist dalam facebook. Sayangnya hanya dapat 3 like - 1 like. Okey, silakan gelak. Tapi sekarang, facebook dah tak ada dalam hidup. Selamat kena delete. Padan muka, siapa suruh tak promote aku.
Hahaha… kidding. Tak lawak ke? Anggap saja lawak sebab gadis stone tak pandai buat lawak. Itu la hakikatnya.
No… No… bukan sebab like aku buang faecbook tapi sebab, aku memang jarang ber facebook. Entah, mimpi apa yang gatal buat laman buka buku. What ever!
Playlist.
Berkait rapat dengan lagu.
Hmm… Sedang mendengar sebuah lagu? Atau sedang download sebuah lagu> Atau ada kawan yang hantar sebuah lagu?
Lagu apa? Hit? Balada? Pop? Rock? Hip hop? Hidustan? Tamil? Mandarin? Korean- K-Pop? Jepun? Mexico? Sepanyol? Atau despacito? Hahahahaha.
Seseorang di dalam buku pernah berkata, playlist menggambarkan diri sendiri. Hanya dengan Playlist, perwatakan kita boleh diketahui. Jadi, playlist patut menjadi sebuah rahsia.
Rahsia aku dan playlist.
Cuba buka player, tak kira la, dalam phone, dalam MP4, dalam laptop atau apa-apa. Cuba buka dan perhatikan senarai lagu.
Apa lagunya? Adakah lagunya kita sukai? Adakah lagu itu sekadar untuk memenuhkan playlist? Atau adakah lagu tu wujud kerana lagu tu hit?
Jika hanya kerana alasan seperti, lagu diberi oleh kawan. Lagu itu popular. Lagu itu download sekadar nak habiskan data internet. Maka, kau bukan pemegang watak, ‘Rahsia aku dan playlist.’
Gadis stone pernah ada lagu yang banyak. Entah kenapa, bila Gadis Stone buka player, rasanya macam tak complete. Rasa macam, kenapa ada lagu ini sedangkan kita tak perlukannya. Sedangkan, hanya memutarkan lagunya mungkin hanya sekali.
Perlukan keberanian untuk memadamkan semuanya dan mula mencari lagu yang bersesuaian semula. Trust me. Memang perlukan keberanian kerana untuk memadamkan playlist, kita berlawan dengan perasaan, berlawan dengan rasa sayang terhadap masa yang kita bazirkan untuk download lagu itu, dan berlawan dengan akal yang selalu menimbang tara antara dua.
Tapi sampai bila kita perlu menyimpan padahal ianya tak bermakna? Padahal, ianya hanya akan memenuhi kad memori sehingga sukar untuk memasukkan lahu yang baru. Semakin banyak lagu dalam sesebuah playlist, semakin sukar untuk mencari lagu kesukaan yang sesuai dengan pendengaran.
Lalu, mahu kita hadapi semua itu? Jika tak mahu, padamkan semuanya dan mula mencari kembali, lagu apa yang sesuai dengan kita. Jadikan kita salah satu watak dalam ‘Secret between me and playlist’
Faham apa yang gadis stone maksudkan?
Semua akan faham jika kaitkan playlist dengan manusia yang sering singah dalam hidup kita.
Playlist itu ibarat hati. Lagu itu ibarat manusia. Manusia yang kita mahu berada di sisi kita. Dan player itu adalah diri kita.
Pejamkan mata dan cuba fahami.
‘MY VOICE Gadis Stone’