Blog gadis stone
  • Home
  • Story
  • My Voice
Home Archive for February 2018
PLAYLIST

Related image 

   Aku pernah membahas tentang playlist dalam facebook. Sayangnya hanya dapat 3 like - 1 like. Okey, silakan gelak. Tapi sekarang, facebook dah tak ada dalam hidup. Selamat kena delete. Padan muka, siapa suruh tak promote aku.
   Hahaha… kidding. Tak lawak ke? Anggap saja lawak sebab gadis stone tak pandai buat lawak. Itu la hakikatnya.
   No… No… bukan sebab like aku buang faecbook tapi sebab, aku memang jarang ber facebook. Entah, mimpi apa yang gatal buat laman buka buku. What ever!
Playlist.
   Berkait rapat dengan lagu.
   Hmm… Sedang mendengar sebuah lagu? Atau sedang download sebuah lagu> Atau ada kawan yang hantar sebuah lagu?
   Lagu apa? Hit? Balada? Pop? Rock? Hip hop? Hidustan? Tamil? Mandarin? Korean- K-Pop? Jepun? Mexico? Sepanyol? Atau despacito? Hahahahaha.
   Seseorang di dalam buku pernah berkata, playlist menggambarkan diri sendiri. Hanya dengan    Playlist, perwatakan kita boleh diketahui. Jadi, playlist patut menjadi sebuah rahsia.
Rahsia aku dan playlist.
   Cuba buka player, tak kira la, dalam phone, dalam MP4, dalam laptop atau apa-apa. Cuba buka dan perhatikan senarai lagu.
   Apa lagunya? Adakah lagunya kita sukai? Adakah lagu itu sekadar untuk memenuhkan playlist? Atau adakah lagu tu wujud kerana lagu tu hit?
   Jika hanya kerana alasan seperti, lagu diberi oleh kawan. Lagu itu popular. Lagu itu download sekadar nak habiskan data internet. Maka, kau bukan pemegang watak, ‘Rahsia aku dan playlist.’
   Gadis stone pernah ada lagu yang banyak. Entah kenapa, bila Gadis Stone buka player, rasanya macam tak complete. Rasa macam, kenapa ada lagu ini sedangkan kita tak perlukannya. Sedangkan, hanya memutarkan lagunya mungkin hanya sekali.
   Perlukan keberanian untuk memadamkan semuanya dan mula mencari lagu yang bersesuaian semula. Trust me. Memang perlukan keberanian kerana untuk memadamkan playlist, kita berlawan dengan perasaan, berlawan dengan rasa sayang terhadap masa yang kita bazirkan untuk download lagu itu, dan berlawan dengan akal yang selalu menimbang tara antara dua.
   Tapi sampai bila kita perlu menyimpan padahal ianya tak bermakna? Padahal, ianya hanya akan memenuhi kad memori sehingga sukar untuk memasukkan lahu yang baru. Semakin banyak lagu dalam sesebuah playlist, semakin sukar untuk mencari lagu kesukaan yang sesuai dengan pendengaran.
   Lalu, mahu kita hadapi semua itu? Jika tak mahu, padamkan semuanya dan mula mencari kembali, lagu apa yang sesuai dengan kita. Jadikan kita salah satu watak dalam ‘Secret between me and playlist’

   Faham apa yang gadis stone maksudkan?
   Semua akan faham jika kaitkan playlist dengan manusia yang sering singah dalam hidup kita.
Playlist itu ibarat hati. Lagu itu ibarat manusia. Manusia yang kita mahu berada di sisi kita. Dan player itu adalah diri kita.
   Pejamkan mata dan cuba fahami.
   
‘MY VOICE Gadis Stone’
LANGKAH

Image result for step by step to go future 

   Bila kau mula melangkah? Hari apa? Bila tarikhnya? Bila waktunya? Siang atau malam? Tengah hari atau pagi.

   Kita tak akan ingat.
   
   Bermula dari dilahirkan, kita hanya tahu berbaring. Kemudian, kita berbalik. Seterusnya kita mula meniarap sehingga kita tahu bagaimana untuk merangkak.
Langkah bermula dari saat kau tahu, apa ertinya berdiri. Agaknya, apa kaki yang kau gerakan ke hadapan? Kanan atau kiri?

   Kerana kita tak tahu apa-apa tentang permulaan langkah, kenapa tidak kita melihat, di mana kita melangkah hari ini?

   Tak apa jika kita tak tahu bila langkah pertama tapi perlu untuk melihat langkah kita saat ini.
Pejam mata. Buang segala masalah dari minda buat seketika. Tarik nafas panjang. Biarkan oksigen memenuhi diri. Kemudian hembus dan keluarkan karbon dioksida dari dalam diri.
Buka mata dan lihat sekeliling. Adakah kita sedang berdiri di tengah laluan khalayak? Adakah kita bersendirian di sebuah taman? Adakah kita sedang tegak menghala bangunan yang akan membawa kita terjerumus dalam kancah maksiat? Adakah sebuah sungai yang airnya mengalir jernih terpampang di mata?

   Tak kira apa saja pemandangan, cuba fikirkan kebaikan dan keburukan. Jika kau nampak di sekeliling kau dipenuhi kebaikan, tersenyumlah. Jika kau melihat sekeliling kau hanya ada sesuatu yang akan merosakkan, maka pejamkan mata dan berpaling darinya.

   Tersenyum atau berpaling bukan perkara terakhir. Perkara terakhir adalah terus melangkah atau undurkan langkah. Jika apa yang ada di sekeliling kau adalah gambara yang baik, tanya pula minda. Apa yang kau mahu lakukan? Kenapa kau mahu pergi? Jika jawapan itu sesuatu yang memberi manfaat, langkahkan stau kaki ke depan. Pejamkan mata sekali lagi Berfikir jernih. Jika kau yakin, kau akan berakhir dengan kebaikan, maka teruskan melangkah.
   
    Jika, sekeliling kau gambaran yang baik tetapi minda kau berkata, apa yang akan kau lakukan selepas ini adalah keburukan, maka berundur.

   Tak perlu dibahas, apa perlu dilakukan jika sekeliling anda adalah gambaran keburukan. Pastinya, kau perlu berundur dan tinggalkan semua.

   Tahu, saat tapak kaki kecil kau melangkah, itu adalah saat kau yakin dengan diri, kau mampu menghadapi dunia.
Sekarang, tapak kaki kecil sudah menjadi semakin besar. Tanya diri, adakah kau sudah berjaya menghadapi dunia? Jika tidak, teruskan berlawan.

   Seorang gadis stone memejamkan mata. Menarik nafas tiga kali sambil mengukir senyuman. Tapi sayangnya, dia selesema maka nak tarik nafas panjang etrjadi nafas pendek. Perlahan-lahan dia membuka mata dan melihat sekeliling.

   Dia di rumah. Dia dalam bilik. Ada sebuah kipas berdiri di hadapan. Ada sebuah iron board bertentangan. Ada sebuah almari besar yang kalau terjatuh memang gol terus, di tepi.
Adakah dia berada dalam gambaran yang baik ketika ini?
Tiada apa yang lebih baik melainkan keluarga ada di sekeliling.
‘MY VOICE Gadis Stone’
WHEN YOU LOST YOURSELF / BILA KITA TAK KENAL SIAPA DIRI KITA.



Kita sentiasa kenal siapa diri kita. Itu waktu kita mengalami proses pembesaran. Ya, I know, sekarang pun kita masih mengalami proses pembesaran. Mungkin ada dalam kalangan kita ada yang tidak mengalami proses ketinggian tapi proses pembesaran itu tetap berlaku.

Bukan secara fizikal tapi secara mental. Mental sesuatu yang unik Boleh berubah-ubah dan kita tak sedar pun, bila saatnya kita ianya berubah. Bila kita sedar, kita hanya akan sebut satu perkara.

yes! I'm lost my self! I don't know who I am. I completely disaster!

Ya, yang menulis ini salah satunya. I don't know, when I lost my self. Tak ingat. Kesan darinya, penyesalan. kekecewaan.

Sedar kita mula tidak mengenali diri sendiri sesuatu yang menyakitkan. Really. Believe me!

So, I mulakan cerita I dengan sebuah komuniti yang indah, ramah baik, caring... tapi jangan lupa sesuatu. Setiap sesuatu yang indah pasti ada kegelapan yang mengikuti. Jika kita fokus pada keindahan, kita akan terabaikan kegelapan. Kita tak sedar pun tentang kegelapan yang mengekori.

Tapi, jika kita fikirkan keindahan yang kita dapat dan kita risaukan apa akan terjadi nanti, ya, kita akan perasan tentang kehadiran kegelapan itu.

Believe me, saatnya kau sedar akan kegelapan, saat itu kau akan terjatuh dalam sesuatu ruang yang cukup gelap. It's called, world. Kau akan kenal dunia yang sebenar.


Sebenarnya, mengenali kegelapan itu sesuatu yang agak baik. Why? Sebab kita akan belajar secara tak langsung, bagaimana untuk menghidarinya.

Tapi... ya, masih ada tapinya. Setiap pembelajaran itu perlu dibayar dengan sesuatu. Kehidupan kau. Ianya akan merubah cara kau memandang dunia dan akan mengubah, pemikiran dan tindak tanduk.

so...

Once Upon a time, ada seorang gadis. Berambut pendek seperti tomboi. Dia memakai sehelai baju T dan seluar panjang, seluar track. Dia pandang langit dan hatinya berkata 'It's so beautiful! I love that sun. I love moon. I also love wind.

Dia cuma terlupa untuk katakan, I love human.

Sekarang, mungkin dia perlu berbangga kerana tak sebutkan sepotong ayat itu. Kerana ada manusia yang perlu dicintai kerana ada manusia yang perlu ditinggalkan.

Especially, manusia seperti Irfan dan Izani.

Hey, I'm stone. Ini cerita aku. Girl next door. 
Subscribe to: Posts ( Atom )

ABOUT AUTHOR

Me gadisstone. Hello everybody. Just call me, GD. Aku menulis kata-kata yang tak mampu diluahkan secara berdepan. Always care with your mind.

Blog Archive

  • ▼  2018 (3)
    • ▼  February 2018 (3)
      • When you lost yourself / bila kita kehilangan siap...
      • Langkah kita
      • PLAYLIST

Kerja semasa feb 2018

1. WRITING 2. TYPING 3. LEARN NEW LANGUAGE 4. DANCE

Jom chat

Powered by Blogger.

Popular Posts

  • When you lost yourself / bila kita kehilangan siapa diri kita
    WHEN YOU LOST YOURSELF / BILA KITA TAK KENAL SIAPA DIRI KITA. Kita sentiasa kenal siapa diri kita. Itu waktu kita mengalami proses pem...
  • Langkah kita
    LANGKAH      Bila kau mula melangkah? Hari apa? Bila tarikhnya? Bila waktunya? Siang atau malam? Tengah hari atau pagi.    ...
  • PLAYLIST
    PLAYLIST      Aku pernah membahas tentang playlist dalam facebook. Sayangnya hanya dapat 3 like - 1 like. Okey, silakan gelak. ...

Latest Posts

  • PLAYLIST
    PLAYLIST      Aku pernah membahas tentang playlist dalam facebook. Sayangnya hanya dapat 3 like - 1 like. Okey, silakan gelak. ...
  • Langkah kita
    LANGKAH      Bila kau mula melangkah? Hari apa? Bila tarikhnya? Bila waktunya? Siang atau malam? Tengah hari atau pagi.    ...
  • When you lost yourself / bila kita kehilangan siapa diri kita
    WHEN YOU LOST YOURSELF / BILA KITA TAK KENAL SIAPA DIRI KITA. Kita sentiasa kenal siapa diri kita. Itu waktu kita mengalami proses pem...

UNKNOWN

UNKNOWN
#projektakjadi

Instagram

Copyright 2014 Blog gadis stone.
Designed by OddThemes