Langkah kita

LANGKAH

Image result for step by step to go future 

   Bila kau mula melangkah? Hari apa? Bila tarikhnya? Bila waktunya? Siang atau malam? Tengah hari atau pagi.

   Kita tak akan ingat.
   
   Bermula dari dilahirkan, kita hanya tahu berbaring. Kemudian, kita berbalik. Seterusnya kita mula meniarap sehingga kita tahu bagaimana untuk merangkak.
Langkah bermula dari saat kau tahu, apa ertinya berdiri. Agaknya, apa kaki yang kau gerakan ke hadapan? Kanan atau kiri?

   Kerana kita tak tahu apa-apa tentang permulaan langkah, kenapa tidak kita melihat, di mana kita melangkah hari ini?

   Tak apa jika kita tak tahu bila langkah pertama tapi perlu untuk melihat langkah kita saat ini.
Pejam mata. Buang segala masalah dari minda buat seketika. Tarik nafas panjang. Biarkan oksigen memenuhi diri. Kemudian hembus dan keluarkan karbon dioksida dari dalam diri.
Buka mata dan lihat sekeliling. Adakah kita sedang berdiri di tengah laluan khalayak? Adakah kita bersendirian di sebuah taman? Adakah kita sedang tegak menghala bangunan yang akan membawa kita terjerumus dalam kancah maksiat? Adakah sebuah sungai yang airnya mengalir jernih terpampang di mata?

   Tak kira apa saja pemandangan, cuba fikirkan kebaikan dan keburukan. Jika kau nampak di sekeliling kau dipenuhi kebaikan, tersenyumlah. Jika kau melihat sekeliling kau hanya ada sesuatu yang akan merosakkan, maka pejamkan mata dan berpaling darinya.

   Tersenyum atau berpaling bukan perkara terakhir. Perkara terakhir adalah terus melangkah atau undurkan langkah. Jika apa yang ada di sekeliling kau adalah gambara yang baik, tanya pula minda. Apa yang kau mahu lakukan? Kenapa kau mahu pergi? Jika jawapan itu sesuatu yang memberi manfaat, langkahkan stau kaki ke depan. Pejamkan mata sekali lagi Berfikir jernih. Jika kau yakin, kau akan berakhir dengan kebaikan, maka teruskan melangkah.
   
    Jika, sekeliling kau gambaran yang baik tetapi minda kau berkata, apa yang akan kau lakukan selepas ini adalah keburukan, maka berundur.

   Tak perlu dibahas, apa perlu dilakukan jika sekeliling anda adalah gambaran keburukan. Pastinya, kau perlu berundur dan tinggalkan semua.

   Tahu, saat tapak kaki kecil kau melangkah, itu adalah saat kau yakin dengan diri, kau mampu menghadapi dunia.
Sekarang, tapak kaki kecil sudah menjadi semakin besar. Tanya diri, adakah kau sudah berjaya menghadapi dunia? Jika tidak, teruskan berlawan.

   Seorang gadis stone memejamkan mata. Menarik nafas tiga kali sambil mengukir senyuman. Tapi sayangnya, dia selesema maka nak tarik nafas panjang etrjadi nafas pendek. Perlahan-lahan dia membuka mata dan melihat sekeliling.

   Dia di rumah. Dia dalam bilik. Ada sebuah kipas berdiri di hadapan. Ada sebuah iron board bertentangan. Ada sebuah almari besar yang kalau terjatuh memang gol terus, di tepi.
Adakah dia berada dalam gambaran yang baik ketika ini?
Tiada apa yang lebih baik melainkan keluarga ada di sekeliling.
‘MY VOICE Gadis Stone’

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment